suria

Hujan Lebat Sebabkan Pokok Tumbang Di USJ Subang Jaya

KUALA LUMPUR: Keadaan lalu lintas di sekitar Subang Jaya sesak berikutan hujan lebat dan beberapa batang pokok tumbang di No 77, USJ 9/4 pada 3.15 petang Ahad.

Lokasi yang terletak berhampiran kawasan angin lintang itu menyebabkan ranting pokok patah dan menumbangkan pokok di tepi jalan menuju ke USJ 9/4.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata sebuah jentera dengan empat anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada 3.16 petang.

"Pihak kami mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya bagi mengalihkan dan membersihkan lokasi kejadian," katanya kepada Bernama menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata bagaimanapun, tidak ada kecederaan dilaporkan. -BERNAMA

Artikel Lain