suria

Gabenor Kanada Lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Gabenor Jeneral Kanada David Lloyd Johnston, yang kini melakukan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, pada Isnin diberikan sambutan rasmi di Medan Parlimen di sini.

Ketibaan Johnston di Medan Parlimen pagi ini disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri kabinet lain.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Batalion Pertama Rejimen Melayu DiRaja diikuti dengan Johnston memeriksan perbarisan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 102 anggota rejimen itu yang diketuai Major Muhammad Abdullah.

Tembakan 21 das dilepaskan.

Ini merupakan lawatan pertama Johnston ke Malaysia yang tiba di negara ini malam Ahad.

Malam ini Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah akan meraikan beliau pada jamuan makan malam negara di Istana Melawati, Putrajaya. -BERNAMA

Artikel Lain