suria

Tiada Unsur Jenayah Kematian Lelaki Di Tebing Sungai Segambut

KUALA LUMPUR: Kematian lelaki yang mayatnya ditemui tersangkut di tebing Sungai Batu off Sungai Segambut di sini Jumaat tiada unsur jenayah, kata polis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata selepas siasatan awal dilakukan ke atas mayat itu, polis tidak menemui bukti yang menunjukkan lelaki itu dibunuh atau dicederakan.

"Setakat ini, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut tapi polis masih menunggu hasil bedah siasat dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal forensik, polis mendapati kesan luka di bahagian belakang kepala mayat itu dipercayai akibat terkena batu sungai.

Pada Jumaat, mayat lelaki dipercayai warga tempatan lengkap berpakaian berusia lingkungan 50-an itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang menjala ikan di sungai itu. -BERNAMA

Artikel Lain