suria

PM Berlepas Ke Hawaii Hadiri Apec

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Hawaii, Amerika Syarikat pada petang Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada 6.20 petang.

Pemimpin Malaysia itu akan menyertai pemimpin dari negara lingkaran Asia Pasifik lain pada sidang kemuncak yang dihoskan oleh Presiden Barack Obama.

Artikel Lain