suria

Keris Ais 5.8 Meter Catat Rekod M'sia

KUALA LUMPUR: Sebelas chef dari empat hotel di sini pada Jumaat mencatat kejayaan dalam Malaysia Book of Records apabila mengukir ais berbentuk keris setinggi 5.8 meter.

Ukiran itu diusahakan oleh chef dari Hotel Royale Chulan, Sunway Hotels and Resorts, Kuala Lumpur Convention Centre dan Crown Plaza Hotel Kuala Lumpur.

Ketua Chef Hotel Royale Chulan, Zulkifli Mustapha berkata mereka mengambil masa 8 jam untuk menghasilkan ukiran keris itu menggunakan 111 blok ais dan mula mengukir pada 11 pagi tadi, bersempena tarikh hari ini.

"Ini kerana tarikh 11.11.11 merupakan sangat istimewa dan ia hanya datang sekali dalam hidup kita dan saya berfikir untuk melakukan sesuatu yang menarik pada hari ini," katanya.

Zulkifli berkata ukiran ais itu adalah ideanya sendiri.

Majlis menandatangani sijil The Malaysia Book of Records dilakukan oleh pengasasnya Datuk Danny Ooi, dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Artikel Lain