suria

Guru Agama Diminta Pertahan Kualiti Sekolah Agama Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Guru sekolah agama di Terengganu diminta meningkatkan prestasi dan kualiti sekolah masing-masing agar terus mengekalkan sebagai sekolah pilihan bagi ibu bapa menghantar anak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata pencapaian dan prestasi sekolah agama juga amat memberangsangkan dan mampu menyaingi sekolah-sekolah lain. "Pada masa ini, ramai ibu bapa dapat membezakan tahap pencapaian sekolah agama dengan sekolah lain namum untuk jangka masa panjang mungkin sebaliknya akan berlaku,"katanya selepas majlis sambutan Hari Kreatif dan Inovatif Sekolah Menengah Agama Terengganu, di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 48 orang guru menerima Anugerah Khas Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu pada tahun ini.

Manakala Sekolah Menengah Agama Khairiah dinobatkan juara Pertandingan Keindahan Dan Keceriaan Sekolah Menengah Agama Terengganu tahun 2011. -BERNAMA

Artikel Lain