Polis Tumpas Kumpulan Sam, Selesai 72 Kes Pecah Rumah, Pejabat - Semasa | mStar

Polis Tumpas Kumpulan Sam, Selesai 72 Kes Pecah Rumah, Pejabat

SHAH ALAM: Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Kumpulan Sam' yang menggunakan juvenil untuk memasuki premis dalam 72 kes pecah rumah dan pejabat di sekitar Selangor serta masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Johor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata kumpulan yang diketuai oleh seorang remaja berumur 18 tahun serta turut dianggotai abangnya, 20 tahun itu ditumpaskan setelah seorang anggotanya ditahan ketika berada dalam keadaan mencurigakan di belakang premis pejabat di Glenmarie di sini kira-kira pukul 4.45 pagi, Sabtu lepas. Beliau berkata satu unit kereta peronda polis yang kebetulan melalui kawasan itu menghampiri suspek yang kemudiannya cuba melarikan diri ke longkang besar berhampiran, namun berjaya diberkas selepas mendapat bantuan dari dua lagi unit peronda.

"Sebaik ditahan kami menemui satu unit komputer riba, beberapa keping mata wang China dan suspek mengaku datang bersama lima rakan yang lain dengan menaiki dua kereta jenis Proton Saga.

"Suspek turut mengaku baru memecah masuk sebuah pejabat syarikat perkapalan berhampiran dan membawa anggota polis ke premis berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sini, Jumaat. Zahedi berkata penahanan suspek itu turut membawa kepada tangkapan tiga lagi suspek termasuk ketua kumpulan itu berserta abangnya dan seorang juvenil di Ara Damansara dekat sini pada hari yang sama. Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan pada suspek terbabit termasuk empat komputer riba, beg komputer riba yang mengandungi buku pelaburan Amanah Saham Didik (ASD) dan satu unit kamera.

Katanya, dua buah kereta di mana satu daripadanya disewa dan satu lagi milik ketua kumpulan terbabit turut dirampas. Zahedi berkata siasatan mendapati kumpulan berkenaan bergiat aktif sejak Ogos tahun lepas dan terbabit dalam 72 kes pecah rumah dan pejabat di Ara Damansara (25 kes), Sungai Buloh (20 kes) Subang Jaya (10 kes), Kota Damansara (enam kes), Sunway (empat kes), Shah Alam (tiga kes) Puchong (dua kes), Port Dickson, Negeri Sembilan (satu kes) dan Kluang, Johor (satu kes).

"Kami percaya ketua kumpulan itu yang merupakan bekas pelajar sekolah vokasional menggunakan kemahirannya mengumpil dan juvana terbabit digunakan untuk menyelinap masuk ke dalam premis," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman sehingga esok dan polis sedang memburu tiga lagi saki baki kumpulan penjenayah itu.

Enam anggota unit peronda yang berjaya menahan suspek pada hari kejadian diberikan sijil penghargaan pada Jumaat kerana kejayaan menumpaskan kumpulan penjenayah terbabit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?