suria

Peniaga Cederakan Lelaki Dipenjara Lima Hari, Denda RM1,000

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dihukum penjara lima hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat selepas mengaku salah mencederakan seorang lelaki pada Isnin lepas.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar memerintahkan tertuduh, Ponan Govindan, 42, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 7 November.

Ponan, dari Setapak di sini mengaku salah mencederakan Suren Ramachandran, 25, di depan Restoran Mr Singh di Jalan Thambipillai, Brickfields, pada kira-kira 6.30 pagi, 7 November lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, Ponan memohon hukuman ringan kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menanggung enam orang anak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jayanthi Nagapan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain