suria

BN Adakan Mesyuarat Dewan Tertinggi Hari Ini

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat rutin Dewan Tertinggi pada Jumaat di tengah-tengah spekulasi bahawa ia satu petanda kepada pilihan raya umum yang awal.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia adalah mesyuarat rutin yang diadakan dari semasa ke semasa tanpa agenda spesifik.

"Ia adalah mesyuarat biasa yang dipengerusikan oleh Pengerusi B N(Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membincangkan isu-isu biasa. Tiada agenda spesifik atau isu," katanya.

Tarikh mesyuarat itu telah pun ditetapkan lebih awal dan notis mesyuarat telah dikeluarkan lebih seminggu yang lepas, katanya kepada Bernama apabila dihubungi hari ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi BN kali erakhir diadakan pada 12 Ogos lepas.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada Mac 2008 dan penggal sekarang hanya akan berakhir pada Mac 2013. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain