Regge Mansion: DBKL Diminta Bertindak - Yen Yen - Semasa | mStar

Regge Mansion: DBKL Diminta Bertindak - Yen Yen

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diminta mengambil tindakan terhadap pengendali kemudahan penginapan di bandar raya ini yang menutup pintunya kepada rakyat dari negara tertentu, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata ini kerana kementerian berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mengenakan larangan demikian.

Beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas tindakan Reggae Mansion, sebuah rangkaian hostel untuk pengembara berpejabat di sini dan Pulau Pinang, yang dilaporkan menolak tempahan penginapan oleh rakyat Malaysia, India dan negara Asia Barat.

Dr Ng menyatakan perkara itu selepas menyempurnakan pelancaran tidak rasmi Malaysia International Tourism Exchange (MITE) 2012 di sini pada Rabu.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang mengamalkan dasar tersebut kerana ia bercanggah dengan dasar pelancongan negara.

Beliau berkata kementerian itu juga menerima laporan serupa yang melibatkan RedPalm Hostel di Jalan Tung Shin di sini.

"Kami akan teliti perkara ini sebelum mengemukakannnya kepada DBKL dengan secepat mungkin untuk tindakan lanjut," katanya.

Mengenai pelancongan pula, Dr Ng berkata ketibaan pelancong ke negara ini terjejas oleh banjir yang melanda Bangkok, Thailand kerana kebanyakan pelancongan mengunjungi Malaysia, Thailand dan Singapura secara pakej.

Mengenai MITE, yang diadakan dari 31 Mei hingga 3 Jun tahun depan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), beliau berkata ia bertujuan mengumpulkan penggiat industri dan perkhidmatan pelancongan dan perjalanan di bawah satu bumbung untuk meneroka dan memanfaatkan peluang yang wujud dalam bidang itu dari seluruh dunia.

"Acara ini akan diisi dengan beraneka kegiatan menarik seperti persembahan dan pameran antarabangsa, seminar, permainan, peraduan dan pertandingan.

"Ia juga menjadi tempat untuk berkongsi dan bertukar-tukar amalan dan budaya masyarakat antarabangsa, termasuk perayaan dan makanan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Rasuah: Pembantu Penguatkuasa JPJ Dipenjara

Artikel Berikut

RM1.4 Bilion: Anwar Sangkal Penjelasan Kerajaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain