suria

Pasar Raya Dipecah Masuk Kerugian RM30,000

KUANTAN: Sebuah pasar raya di Jalan Pasar Besar di sini kerugian RM30,000 apabila pejabat pengurusan pasar raya berkenaan dipecah masuk pagi Rabu.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Asisten Superintenden Noor Asyikin Shamsuri berkata suspek bertindak menebuk bahagian bumbung pasar raya itu yang menembusi bilik pejabat dan bilik peti besi pasar raya berkenaan.

"Kejadian itu disedari seorang penyelia yang bertugas selepas membuka pejabat pada jam 8.30 pagi semalam," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Siling pada setiap pejabat juga telah dipecahkan suspek, pintu peti besi simpanan wang telah ditebuk suspek dan kerugian dianggarkan RM30,000 wang tunai," katanya.

Suspek dipercayai melarikan diri menerusi bumbung pasar raya berkenaan.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kami percaya kejadian pecah masuk itu tidak dilakukan berseorangan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain