Bekas Pengawal Keselamatan Dijatuhi Hukuman Gantung - Semasa | mStar

Bekas Pengawal Keselamatan Dijatuhi Hukuman Gantung

GEORGE TOWN: Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu selepas mengambil kira kepentingan awam dan pembelaan tertuduh R.Nadarajan, 38, yang meragukan.

R.Nadarajan dituduh mengedar dadah seberat 456.3 gram iaitu 238.2 gram heroin dan 218.1 gram monoacetylmorphine.

Dia ditahan di 304 Hotel Prai Jaya, 2791 Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih, Seberang Jaya pada pukul 3.30 petang, 30 April 2009 dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Sarah Dina Baharudin manakala Nadarajan diwakili Latsmanan Punnusamy. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bon RM1.3 Bilion Untuk Projek PKFZ - Saksi

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Pilu tiga ibu rayu anak pulang