suria

PM Akan Umum 12 EPP Berasaskan ICT Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 12 Projek Permulaan (EPP) baharu berasaskan teknologi maklumat menjelang akhir tahun.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata 12 EPP menerusi inisiatif Digital Malaysia itu dijangka menjana RM60 bilion pendapatan negara kasar (PNK) hingga 2020.

"Separuh daripadanya sudah dihubungkan dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," kata Ongkili kepada pemberita selepas melancarkan Fuji Xerox DocuWorld 2011 serta ulang tahun ke-45 syarikat itu di sini, Rabu.

Beliau berkata nama khusus EPP baharu itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada pelancaran itu.

Ongkili berkata tujuan utama Digital Malaysia ialah menyelaraskan semua pelaburan dan pertumbuhan dalam subsektor teknologi maklumat dan komunikasi.

Ia mungkin daripada e-kerajaan, e-masyarakat atau industri," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain