suria

Pelajar Maut Nahas Motosikal & Kereta

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Km141 Jalan Kuantan-Bahau, dekat Muadzam, pada Selasa.

Norfisa Omar, 15, yang menunggang motosikal berasal dari Bukit Serok, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala sementara rakannya, Mohd Hairul Hisham Mustafa, cedera parah dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kejadian berlaku pukul 1.55 petang semasa kereta Proton Wira terbabit dipandu dari arah Bahau menuju ke Kuantan merempuh motosikal berkenaan di satu persimpangan. "Ketika kejadian motosikal mangsa dikatakan tiba-tiba melintas dan terus dirempuh kenderaan tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. -BERNAMA

Artikel Lain