suria

PAS Gesa Kerajaan Perkasa Sistem Pilihan Raya Sebelum Bubar Parlimen

PETALING JAYA: PAS menggesa kerajaan membuat perubahan dalam sistem pilihan raya sedia ada sebelum membubarkan Parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan perlu mengambilkira pandangan serta cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah dibentuk sebelum ini.

"Rakyat menaruh harapan tinggi dan menanti perubahan yang bakal dihayati kerajaan dalam melaksanakan amanah serta membawa arus perubahan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tuan Ibrahim berkata antara agenda besar yang rakyat ingin lihat ialah langkah kerajaan menangani masalah rasuah serta pemberian kontrak kerajaan secara adil kepada mereka yang berhak.

"Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bila mana teguran Laporan Audit Negara 2010 langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, rakyat yakin kerajaan akan mengadakan pilihan raya setelah sistem pilihan raya sedia ada diperbaiki secara sepenuhnya.

Artikel Lain