DBKL Siap Sedia Hadapi Banjir - Semasa | mStar

DBKL Siap Sedia Hadapi Banjir

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kemungkinan banjir dengan mengaktifkan operasi bilik gerakannya untuk memantau, menerima dan menyalur maklumat kejadian banjir kepada orang ramai. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata DBKL kini bersedia menggerakkan petugasnya untuk menghadapi bencana itu.

"Kita menyediakan 39 anggota skuad penyelamat, 35 anggota pasukan peninjau serta 48 petugas unit kecemasan yang akan bekerjasama dengan pihak polis, bomba serta beberapa badan penyelamat lain bagi memantau serta mengambil tindakan menyelamat sekiranya banjir berlaku," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Sistem amaran banjir turut ditempatkan di beberapa lokasi seperti Kampung Periuk/Kampung Baru, Jalan Tun Razak, Jalan Masjid India, Jalan Dang Wangi dan Dataran Merdeka bagi memantau kawasan rendah dan paras sungai.

"Selain itu kita juga mengenal pasti 21 sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan 14 buah dewan serbaguna dilengkapi kemudahan elektrik dan air bersih yang boleh dijadikan pusat penempatan sementara kepada mangsa banjir," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan DBKL yang beroperasi 24 jam di talian 03-40244424/03-40220055 atau 019-2120031 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain