suria

Cadangan DAP Hina Penjawat Awam - Nor Mohamed

GEORGE TOWN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyifatkan hasrat DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika diberi mandat memerintah sebagai satu penghinaan kepada golongan itu.

Beliau menganggap hasrat DAP itu sebagai tidak mengenang jasa kerana penjawat awam adalah golongan yang terlibat dalam pembangunan dan kemajuan negara.

"Penjawat awam telah bertungkus lumus dalam proses pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP Tony Pua dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa DAP berhasrat mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaan pusat.

Nor Mohamed berkata penglibatan penjawat awam dalam usaha mentransformasi negara daripada sebuah negara miskin kepada negara moden seharusnya dihargai oleh semua pihak. -BERNAMA

Artikel Lain