suria

Trafik Di Lebuh Raya Perlahan

KUALA LUMPUR: Trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan pada waktu tengah hari tadi berikutan warga kota sudah mula pulang selepas menyambut Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kenderaan bergerak perlahan di susur masuk Tol Juru ke selatan, Changkat Jering ke Jelapang, Simpang Pulai ke Tapah, Bidor ke Slim River serta di Lebuhraya Port Dickson ke Nilai.

Beliau berkata kenderaan mula bertali arus di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur sementara di Plaza Tol Karak menghala ke Plaza Tol Bentong, keadaan juga mulai sibuk.

Jurucakap PLUSLine pula memberitahu kenderaan adalah perlahan dari Lebuhraya Port Dickson menghala ke kawasan rehat Seremban arah ke utara.

Sementara itu walaupun kenderaan kelihatan banyak, keadaan lebuh raya tidak sesak di Simpang Pulai ke Gopeng dan sebelum masuk terowong menghala ke Ipoh, katanya.

Di sekitar ibu kota, jurucakap trafik memberitahu trafik sesak di sekitar kawasan Bukit Bintang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain