suria

Peras Ugut: Tujuh Anggota Polis Johor Ditahan

JOHOR BAHARU: Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan pada 3 pagi di kawasan Plentong di sini oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai ASP Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.

"Mereka terdiri daripada anggota sekatan jalan raya yang beroperasi di lokasi sekatan jalan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Mohd Mokhtar berkata kesemua anggota polis berumur 20 hingga 35 tahun itu kini direman semalam empat hari. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain