suria

Juara Tinju Joe Frazier Meninggal Dunia

PHILADELPHIA (Amerika Syarikat): Bekas juara tinju kategori heavyweight dunia, Joe Frazier, meninggal dunia akibat penyakit barah hati.

Keluarga Frazier menerusi satu kenyataan mengesahkan beliau meninggal dunia pada usia 63 tahun pada Isnin.

Frazier mula dikenali selepas mengalahkan peninju terkenal dunia, Muhammad Ali dalam satu siri perlawanan pada tahun 1970an.

Beliau yang mempunyai nama timangan, Smokin' Joe hanya pernah tewas dalam perlawanan tinju sebanyak empat kali memulakan karier sebagai peninju heavyweight pada tahun 1965 dan mengakhiri kerjaya atletnya pada tahun 1981.

Pernah menjadi jurulatih, Frazier diberi rawatan di rumahnya selepas didapati menghidapi barah hati beberapa minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain