suria

Bekas Pengawal Keselamatan Dipenjara 10 Bulan Curi RM20,000 Barang Milik Maxis

KUALA LUMPUR: Bekas pengawal keselamatan syarikat telekomunikasi Maxis dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri beberapa barangan bernilai RM20,000, milik syarikat itu. Majistret Azmil Mustapha Abas mengarahkan tertuduh, Rahman Rapun, 31, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 21 Oktober lepas.

Rahman, yang berasal dari Sabah, didakwa memecah masuk Tingkat 10, Menara Maxis, KLCC, Jalan Ampang, pada pukul 7.05 malam 15 Oktober lalu dan mencuri 14 buah telefon bimbit dan dua buah komputer riba.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Cif Insp M. Rajan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain