suria

Perdana Menteri Selesai Tunai Ibadah Haji

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.

"Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.

Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. BERNAMA

Artikel Lain