suria

Kementerian Luar Tarik Nasihat Perjalanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Isnin menarik balik nasihat perjalanan yang tidak menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan timur laut Jepun, memandangkan situasi yang semakin pulih di kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra bagaimanapun tetap menasihati rakyat Malaysia agar mengelakkan perjalanan ke kawasan lingkungan 30 kilometer dari Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi dan sentiasa mematuhi zon larangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Jepun.

Rakyat Malaysia turut dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun yang berkaitan.

Mereka diminta mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang boleh dihubungi melalui talian 81-3-34763840.

Artikel Lain