suria

Perbelanjaan Pendidikan Disambut Baik, Namun Standard B.Inggeris Masih Jadi Isu

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan yang setara atau mendahului beberapa negara serantau daripada segi pelaburan dalam bidang pendidikan.

Bagaimanapun, kualiti penguasaan bahasa Inggeris mahasiswa di negara ini masih terus menjadi isu.

Dr Marie Aimee Tourres, seorang felow penyelidikan kanan di Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya, berkata adalah penting bagi siswazah menguasai bahasa Inggeris untuk memastikan mereka berupaya bersaing dengan berkesan dalam pasaran pekerjaan global.

Namun begitu, "daripada segi perbelanjaan pendidikan, Malaysia boleh dibandingkan dengan beberapa negara di rantau ini berdasarkan kepada peratusan perbelanjaan yang dikeluarkan ke atas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara di sini.

Beliau berkata Malaysia sebenarnya mengeluarkan perbelanjaan yang lebih berbanding negara lain.

Dalam Belanjawan 2012, sejumlah RM13.6 bilion diperuntukkan kepada sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan dan pembangunan masyarakat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain