suria

Gempa Bumi 5.6 Magnitud Di Oklahoma City

OKLAHOMA CITY: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda tengah bandar Oklahoma, menyebabkan seluruh bangunan di kawasan terbabit bergegar.

Gempa bumi itu adalah yang terkini dalam siri gempa bumi yang melanda wilayah itu dalam masa 24 jam.

Awal pagi semalam, wilayah tersebut dilanda gempa berukuran 4.7 magnitud.

Pusat Geologikal Amerika Syarikat (USGS) di Colorado menyatakan di laman webnya, gempa bumi itu berlaku pada pukul 10.53 malam (waktu tempatan) dan berpusat kira-kira 71 kilometer dari timur laut Oklahoma City.

Jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma, Michelann Ooten, melaporkan tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan kepada pegawai pengurusan kecemasan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain