suria

Fatimah Selar Blogger Persoal Prioriti Kementeriannya

KUCHING: Menteri Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyelar seorang blogger tempatan kerana secara sindiran mendakwa beliau telah mengabaikan kawasan negeri Dalat, terutama selepas beliau dilantik ke portfolio sekarang.

Fatimah, satu-satunya menteri wanita dalam kabinet negeri, berkata beliau turun padang hampir setiap minggu, dan sering melawat kampung-kampung terpencil bagi melihat projek di kawasannya yang kebanyakannya didiami masyarakat Melanau dan Iban.

Beliau menegaskan demikian selepas menghadiri majlis sembelihan lembu korban Aidiladha di Semariang di sini, Ahad.

Mengulas tulisan blogger berkenaan yang mendakwa beliau terlalu fokus kepada tugas kementeriannya hingga mengabaikan pengundinya, Fatimah berkata itu pandangan peribadi blogger berkenaan yang tidak tahu pergerakannya.

Fatimah dinaikkan pangkat ke menteri penuh semasa rombakan kabinet pada 28 September lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain