suria

Diskaun Tol 10 Peratus Di Lebuhraya Lekas Sempena Aidiladha

SEREMBAN: Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd (Lekas) menawarkan pengurangan kadar tol sebanyak 10 peratus bagi perjalanan di lebuh rayanya sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada Ahad.

Rebat kadar tol itu diberikan bagi pengguna yang melalui Plaza Tol Ampangan di lebuh raya itu, berkuat kuasa dari pukul 12.01 tengah malam ini hingga 11.59 malam esok.

"Pemberian diskaun tol ini bertujuan untuk menghargai dan mengurangkan beban pengguna-pengguna lebuh raya Lekas semasa musim perayaan ini.

"Selain itu, ia juga merupakan sebahagian tanggungjawab sosial syarikat konsesi lebuh raya," kata pemegang konsesi tol itu dalam satu kenyataan pada Sabtu. - BERNAMA

Artikel Lain