suria

Sunway Nafi Bincang Dengan Sime Darby Bagi Usaha Sama Iskandar

KUALA LUMPUR: Sunway Bhd pada Jumaat berkata ia tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan konglomerat Sime Darby Bhd untuk membangunkan bersama bandar baru di Iskandar Malaysia, Johor.

Bagaimanapun, sebagai syarikat pembangunan dan hartanah utama, Sunway berkata ia sentiasa mencari peluang pembangunan hartanah dalam dan luar negara.

"Kami akan memaklumkan kepada pemegang saham kami menerusi pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia Securities Bhd," kata syarikat itu dalam kenyataan itu kepada bursa di sini.

Bernama pada Khamis melaporkan bahawa dua syarikat itu dijangka membangunkan bersama bandar baru di Iskandar Malaysia.

Memetik sumber-sumber industri, laporan itu berkata kerajaan memperuntukkan tanah bagi pembangunan bersama dan syarikat-syarikat membeli tanah konsesi bagi harga yang baik.

Sumber-sumber itu berkata juga difahamkan bahawa kedua-dua syarikat akan memeterai memorandum persefahaman dalam masa beberapa minggu lagi, dan kerjasama antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta adalah yang terbaik bagi pembangunan masa depan Malaysia. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain