suria

Jawatankuasa Bencana Alam Terengganu Nasihat Petani Segera Tuai Hasil Tanaman

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Bencana Alam negeri Terengganu hari ini menasihatkan petani di kawasan mudah ditenggelami air supaya menuai hasil tanaman mereka sebelum berlaku banjir.

Ketika memberi nasihat itu, pengerusinya yang juga Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) Datuk Mazlan Ngah berkata langkah itu bagi mengelak hasil tanaman rosak dan petani tidak mengalami kerugian.

"Biasanya banjir datang akhir bulan November setiap tahun," katanya.

Mazlan berkata kawasan peladangan yang sering dinaiki air setiap kali berlaku banjir di negeri ini ialah Maras-Batu Rakit, Tembila, sepanjang sungai Kuala Berang dan kawasan Setiu.

Beliau berkata tahun lepas, petani di kawasan itu mengalami kerugian lebih RM400,000. -BERNAMA

Artikel Lain