suria

Najib & Rosmah Lakukan Umrah Menjelang Haji

MEKAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam Selasa bertawaf di Baitul Al-Haram sebagai memulakan ibadah umrah yang menjadi sebahagian daripada tertib haji.

Mereka dilihat memasuki kawasan Mataf (laman Kaabah) pada 11 malam (4 pagi Rabu waktu Malaysia), di tengah-tengah ribuan jemaah haji yang sedang mengerjakan tawaf.

Perdana Menteri dan rombongan tiba dari Madinah petang semalam untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Pagi ini, beliau dan isteri melawat ibu pejabat Tabung Haji di Hotel Abraj Al-Janadiriah di sini selain beramah mesra dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wisma MCA Disimbah Cat Merah

Artikel Berikut

Artikel Lain