suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Hormat Lima Menteri Pertahadanan FPDA

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat lima Menteri Pertahanan yang terlibat dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Mereka terdiri daripada Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, Stephen Francis Smith (Australia), Dr Wayne Daniel Mapp (New Zealand) dan Setiausaha Pertahanan United Kingdom Philip Hammond, yang diiringi oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kesemua mereka sebelum ini menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri FPDA ke-8 di Singapura yang berlangsung Selasa, yang merupakan sebahagian daripada program sambutan ulang tahun ke-40 FPDA.

Terdahulu mereka mengadakan lawatan ke ibu pejabat Sistem Pertahanan Udara Bersepadu (IADS) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wisma MCA Disimbah Cat Merah

Artikel Berikut

Artikel Lain