suria

Mayat Lelaki Ditemui Ditangga Rumah Kedai

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui di tangga kecemasan tingkat tiga sebuah rumah kedai di Taman Cahaya, Ampang, di sini tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mayat lelaki dewasa itu ditemui pada pukul 11.50 pagi tadi dalam keadaan terduduk dan hanya berseluar pendek.

"Kita tidak dapat mengenal pasti sama ada lelaki itu mempunyai kecederaan luaran atau tidak kerana mayatnya telah reput," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan pada waktu ini kes disiasat sebagai mati mengejut, kata Amiruddin.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata beliau menyedari kewujudan mayat itu apabila terhidu sesuatu yang busuk semasa membersihkan kawasan itu. -BERNAMA

Artikel Lain