KPM Setuju Turunkan Kuasa Kepada Sabah, Sarawak Urus Projek Pendidikan - Semasa | mStar

KPM Setuju Turunkan Kuasa Kepada Sabah, Sarawak Urus Projek Pendidikan

PENAMPANG: Kementerian Pelajaran bersetuju menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Sarawak untuk menguruskan pemberian kontrak projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri itu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat kewajaran untuk menurunkan kuasa itu memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang besar terutama daripada segi jumlah atau saiz sekolah.

"Sebenarnya dulu memang begitu...projek pendidikan di Sabah dan Sarawak di bawah jabatan kita yang ada di peringkat negeri tetapi beberapa tahun kebelakangan ini ia diurus pula oleh kementerian.

"Saya dapati memang ada kewajaran untuk kita turunkan balik kuasa kepada Sabah dan sarawak. Satu cara ialah memberi kuasa kepada pengarah negeri untuk melihat bagaimana projek tertentu yang kita laksanakan di peringkat negeri boleh sama diuruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-26 di KDCA, dekat sini, Ahad.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas saranan presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam ucapannya agar kerajaan Persekutuan memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor Sabah untuk memperoleh kontrak bagi program yang mendapat peruntukan kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau meminta bahagian pembangunan kementerian supaya meneliti "keupayaan yang ada" terutama bagi kedua-dua negeri itu untuk menguruskan kontrak pembangunan pendidikan.

"Walaupun kita sudah setuju pada dasar, kita mahu tahu "dia ada kapasiti" kah atau tidak untuk uruskan...kita tidak mahu lepas tu terganggu kerana tak ada tenaga manusia atau sumber yang ada untuk menguruskannya.

"Tetapi secara prinsipnya saya sudah setuju dan mungkin pada peringkat awal projek kecil yang kita biasa buat yang ditawarkan di peringkat pusat kita boleh turunkan dulu...mungkin di bawah RM5 juta yang tak melibatkan kontrak yang besar...kontrak yang besar kita nak tengok kapasiti dulu," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk kontraktor yang ditawarkan projek pendidikan mesti berwibawa.

"Juruperuding juga mesti ada. Setiap kerja ada juruperunding yang beri nasihat termasuk nilai kontrak dan bidang-bidang yang perlu diteliti sebelum kita laksanakan sesuatu projek (pembangunan pendidikan). Mengenai gesaan Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Sabah kepada kerajaan Persekutuan untuk membenarkan sekolah kerajaan, jenis kebangsaan membuat pilihan mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Muhyiddin berkata mereka berhak untuk menyampaikan pandangan mereka berhubung perkara itu.

"Tetapi kita pun dalam kerajaan dan badan-badan yang terlibat juga ada pandangan. Pandangan kita bukan sahaja setakat kehendak ibu bapa mungkin kalau ditanya mereka kata "ya" sahaja mereka tidak mengetahui latar belakang...adakah keupayaan dan adakah guru-guru bahasa Inggeris cukup.

"Ini sudah kita uji sejak kita perkenalkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahsa Inggeris) bukan baru dan sebab itu kita buat keputusan sebegini (Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu). Kita ada 5.3 juta pelajar dan kita ada hampir 10,000 sekolah dan kita ada lebih kurang hampir 500,000 guru...jadi tentunya maklumat yang peroleh itu menyeluruh dan mengambil semua faktor," katanya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bukan secara terburu-buru tetapi melalui kajian yang mendalam demi kebaikan semua pihak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain