suria

Polis Kelantan Tahan Lima Lelaki Samun dan Curi Waktu Malam

KOTA BAHARU: Polis Kelantan dapat menyelesaikan 15 kes samun dan curi waktu malam yang melibatkan kedai serba guna 24 jam dan kafe siber di negeri ini selepas menahan lima suspek yang disyaki terbabit dalam kumpulan itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kumpulan itu bukan sahaja bergerak di negeri ini malah di Terengganu dan Pahang.

Beliau berkata kesemua lelaki itu yang berusia antara 20 dan 40 tahun ditahan di sekitar Kota Baharu minggu ini dan merampas barangan curi bernilai kira-kira RM20,000.

Bercakap kepada pemberita ketika melawat tapak karnival Jom Heboh Kelantan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini hari ini, Jalaluddin berkata kejayaan itu hasil kerjasama orang ramai memberi maklumat membabitkan kegiatan kumpulan berkenaan di sempadan negeri itu.

"Setakat ini kita berjaya mengesan geng '7 Eleven' dan 'Kumpulan Din' yang melakukan kegiatan jenayah waktu malam," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain