suria

Penubuhan Veteran Umno Bantu Jentera Parti

GEORGETOWN: Penubuhan Veteran Umno Pulau Pinang tepat pada masanya di kala Umno negeri ini amat memerlukan bantuan daripada semua pihak dalam usaha membantu Barisan Nasional (BN) merampas Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata penubuhan sayap baru berupaya menyuntik semangat anggota UMNO selain dapat membantu memperkukuhkan jentera parti sedia ada bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata anggota Veteran Umno berperanan penting dalam meningkatkan bilangan pengundi Melayu berdaftar di Pulau Pinang sekaligus berupaya mengembalikan kekuatan Umno.

Badan Perhubungan Umno negeri mengharapkan anggota veteran mampu membantu parti serta masyarakat Melayu dalam menjayakan transformasi politik yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Veteran Umno Pulau Pinang di sini Sabtu. - BERNAMA

Artikel Lain