suria

Muhyiddin Tiba Untuk Lawatan Sehari Ke Sabah

SANDAKAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Sandakan di sini pada Ahad untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Ketibaan Muhyiddin pagi ini disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew serta anggota Kabinet kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri empat program di sini dan di Kota Kinabalu dengan program pertamanya merasmikan Kongres LDP di sini.

Kemudiannya, beliau akan berlepas ke Kota Kinabalu untuk menghadiri Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional peringkat negeri di Universiti Malaysia Sabah, disusuli merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) di Penampang.

Timbalan Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan kerjanya dengan menghadiri majlis Hari Deepavali Negeri Sabah anjuran MIC Sabah di Kompleks Sukan Likas sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

Artikel Lain