suria

PKR P.Pinang Keluarkan Arahan Tutup Mulut Soal Pertukaran Kerusi

GEORGE TOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang telah mengeluarkan amaran keras ke atas anggota dan para pemimpinnya agar tidak membahaskan isu pertukaran kerusi di kalangan Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka.

Pengerusinya, Datuk Mansor Othman yang juga timbalan ketua menteri berkata, PKR tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin ke atas anggotanya yang gagal mematuhi arahan tersebut.

“Yang penting bukanlah untuk bercakap mengenai perkara tersebut tetapi membuat kerja seperti biasa,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di sini.

Artikel Lain