suria

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR: Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya beroperasi mengikut jadual pada Khamis setelah gangguan teknikal yang dilaporkan malam tadi diatasi, kata jurucakap Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL).

Menurut jurucakap itu, gangguan teknikal itu yang bermula 9.15 malam, berakhir 10 malam setelah kerja baik pulih giat dilaksanakan.

"Tiada lagi gangguan teknikal," katanya ketika dihubungi Bernama.

Gangguan teknikal itu mengakibatkan tren pada laluan Kelana Jaya-KLCC bergerak perlahan.

Jurucakap itu berkata gangguan tersebut berpunca daripada masalah sistem komputer. -BERNAMA

Artikel Lain