suria

Penguatkuasaan Undang-Undang Murtad Masih Lemah - Mufti

PASIR PUTEH: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengakui penguatkuasaan yang lemah sebagai punca undang-undang murtad negeri ini tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

Beliau berkata, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad sudah wujud sejak 1980 dan pihak terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil, ia masih tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi kuat kuasa. "Ini antara penyumbang mengapa undang-undang murtad tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini," katanya kepada Bernama pada satu majlis di sini, Khamis.

Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Ulama Negeri Kelantan diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat bahawa orang bukan Islam boleh didakwa berhubung isu penyebaran fahaman agama.

Menurut Mohamad Shukri, enakmen berkenaan antara lain menetapkan 30 perkataan termasuk 'Allah' atau 'Muhammad Rasulullah' tidak boleh digunakan oleh pihak tertentu. -BERNAMA

Artikel Lain