suria

Panik di Bangkok

Lapangan Terbang Don Muang ditutup pada Rabu. Kerajaan Thailand mengumumkan cuti selama lima hari ekoran banjir buruk melanda Thailand. Foto ASIA NEWS NETWORK

BANGKOK: Lapangan terbang Bangkok, Don Muang ditutup ekoran bajir yang melanda ibu kota Thailand itu, sekaligus meletakkan pihak berkuasa negara itu berada dalam keadaan berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Lapangan Terbang Don Mueang yang menampung penerbangan domestik telah ditutup sementara sejak semalam hingga 1 November.

Bukan itu sahaja, cuti umum selama lima hari telah diisytiharkan bermula Rabu sebagai persiapan sekiranya banjir bertambah buruk.

Kerajaan Thailand mengumumkan cuti umum tersebut kepada ibu kota Bangkok dan 20 wilayah lain yang terjejas teruk kerana banjir yang paling buruk dalam tempoh 50 dekad.

Beberapa kedai di sana turut mula mencatu makanan apabila penduduk mula membeli serta menyimpan stok makanan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak pasar raya mula mengehadkan pembelian beras dengan setiap pengguna hanya dibenarkan membeli sekampit beras, satu papan telur serta penggunaan kertas tandas turut dicatu.

Pasar Chathuchak yang menjadi tumpuan pelancong pula akan ditutp hingga hujung minggu ini.

Pihak kedutaan Malaysia di Bangkok juga telah menyiapkan pelan kontigensi bagi menghadapi sebarang kemungkinan walaupun banjir ibu kota Thailand itu masih berada dalam keadaan terkawal.

Artikel Lain