suria

Polis Cari Waris Mangsa Kemalangan Maut

SUNGAI PETANI: Polis sedang mencari waris kepada seorang lelaki yang maut akibat dilanggar sebuah bas ketika cuba melintas jalan di Km 113.5, Lebuhraya Utara-Selatan di sini kira-kira pukul 8 malam pada Selasa.

Jurucakap polis berkata mangsa yang berkulit sawo matang dipercayai lelaki Melayu berusia lingkungan 50-an dan mempunyai ketinggian kira-kira 164 sentimeter.

Katanya mangsa dipercayai kurang siuman dan kemalangan berlaku ketika hujan lebat.

Beliau meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi Inspektor Mohamad KA Razak di talian 019-4102356 atau cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4232222. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain