suria

Perdana Menteri Tiba Dari Riyadh

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di tanah air pagi Rabu setelah menghadiri pengebumian Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Abdel-Aziz al-Saud di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa.

Pesawat yang membawa Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada pukul 8.30 pagi.

Rombongan Najib ke Riyadh diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri menyampaikan sendiri ucapan takziah kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud atas kemangkatan adinda baginda Putera Mahkota Putera Sultan Abdel Aziz al-Saud.

Putera Mahkota yang berusia dalam lingkungan 80-an itu, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi, mangkat di hospital New York pada Sabtu lepas setelah gering. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain