suria

Latihan Pra-Vokasional Bagi 50 Sekolah Bermula Tahun Depan

SINGAPURA: Sebanyak 50 sekolah telah dipilih bagi mengendalikan latihan pra-vokasional untuk kelas menengah rendah sekolah berkenaan bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga yang berminat untuk menjalani latihan vokasional boleh menyertai kelas itu.

“Kita akan mengeluarkan sijil untuk mereka yang membolehkan mereka meneruskan latihan vokasional sehingga ke peringkat Diploma jika mereka mahu,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi selama dua hari di sini pada Selasa.

Beliau menambah, subjek tersebut akan diajar pada waktu persekolahan.

“Projek ini selaras dengan rancangan kerajaan untuk menjalankan transformasi terhadap model latihan vokasional sedia ada yang digunakan di Malaysia,” kata Muhyiddin yang juga merupakan Menteri Pelajaran.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran sedang berusaha untuk mempelajari model Singapura yang pada masa ini 20 peratus daripada pelajar yang mengikuti sistem persekolahan di Republik itu memilih untuk menjalani latihan vokasional.

“Pada masa ini, 70 peratus daripada kursus-kursus mereka adalah berdasarkan praktikal manakala 30 peratus lagi melibatkan teori.

“Walaupun model di Singapuran berbeza namun kita berminat untuk belajar daripada mereka yang telah memulakannya lebih awal,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain