suria

Klinik Dipecah Masuk: ADUN Skudai Rugi RM800

JOHOR BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri Skudai Dr Boo Cheng Hau kerugian kira-kira RM800 apabila kliniknya di Taman Universiti, di sini, dipecah masuk dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi, Selasa.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Che Yusoff Che Ngah berkata kejadian berkenaan disedari seorang pekerja klinik terbabit kira-kira pukul 8 pagi sebelum polis menerima laporan mengenainya sejam kemudian.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang kerosakan serius pada klinik terbabit," katanya di sini, Selasa.

Che Yusoff berkata polis akan menjalankan siasatan berpandukan kesan cap jari yang ditinggalkan suspek.

Dr Boo ketika ditemui berkata kejadian terbabit merupakan kali pertama sejak klinik itu dibuka 13 tahun lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain