suria

Dua Beranak Disamun, Kerugian RM47,000

KUANTAN: Seorang wanita warga emas dan anaknya kerugian kira-kira RM47,000 dalam kejadian samun di Kampung Sungai Putat, Padang Piol, Jerantut awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata kejadian berlaku ketika suri rumah berusia 69 tahun itu dan anak perempuannya, seorang guru berusia 34 tahun, sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.

Kira-kira pukul 2.30 pagi, dua beranak itu dikejutkan tiga lelaki bersenjatakan parang yang kemudian mengikat mereka dengan wayar seterika sebelum menggeledah rumah, katanya ketika ditemui, di sini Selasa.

"Suspek berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM1,000 bersama barang kemas bernilai kira-kira RM46,000," katanya.

Mangsa yang berjaya membuka ikatan kemudian mendapatkan bantuan jiran sebelum membuat laporan polis, katanya.

Beliau berkata kumpulan penyamun tersebut dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan dengan mengumpil tingkap dapur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain