suria

Usahakan Tanah Terbiar, Pahang Berupaya Hasilkan Beras

TEMERLOH: Pahang berupaya mengeluarkan bahan makanan khususnya beras sekiranya 10,000 hektar kawasan tanah dan paya terbiar di negeri itu diusahakan dengan projek tanaman padi.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian perlu mencari kaedah terbaik bagi memajukan tanah terbiar.

Beliau berkata pendekatan itu mampu mengurangkan kebergantungan import beras dari luar negara khususnya Thailand.

"Bencana alam yang melanda negara-negara pengeluar beras sememangnya turut dirasai Malaysia, walaupun bekalan beras negara kita mencukupi, tetapi pada masa sama, kita harus mencari kaedah untuk tidak lagi bergantung kepada negara luar," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Katanya harga beras yang diimport tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi secara berterusan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain