suria

Penganggur Dituduh Ugut Bapa Saudara Guna Parang

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengugut bapa saudaranya dengan menggunakan sebilah parang empat hari lepas.

Lim Kok Wei, 31, didakwa mengugut Lim Hong Zhuang, 23, di sebuah rumah di Taman Setapak di sini pada 6 petang Jumaat lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Majistret Zulyana Zollkapli menetapkan 23 Nov ini untuk sebutan semula kes dan bagi Lim melantik penguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rebecca Mathan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain