suria

Pemilik Jenama Jimmy Choo Lancar Buku "Jimmy Choo XV "

Buku Jimmy Choo XV di semua butik Jimmy Choo mulai Rabu.
Buku Jimmy Choo XV di semua butik Jimmy Choo mulai Rabu.
Buku Jimmy Choo XV di semua butik Jimmy Choo mulai Rabu.

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan ulang tahun jenamanya yang ke-15, ikon fesyen dunia, Jimmy Choo melancarkan buku bertajuk Jimmy Choo XV terbitan Rizzoli dan hanya boleh didapati di butik-butik Jimmy Choo di seluruh dunia mulai Rabu.

Buku Jimmy Choo XV ini didatangkan dalam edisi deluxe khas dilengkapi pelindung bercetak timbul bermotif kulit ular yang eksklusif.

Buku berkenaan bakal diedarkan oleh wakil pengedar buku-buku khusus mulai Februari depan pada harga anggaran RM300 senaskhah.

Menariknya, buku berkenaan turut memuatkan kata-kata aluan oleh wartawan fesyen terkenal, Colin McDowell dan pengenalan oleh Tamara Mellon yang merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Kreatif Jimmy Choo.

Jimmy Choo XV menyenaraikan 15 rekaan kasut paling signifikan daripada arkib syarikat tersebut dan mengimbas kembali pencapaian jenama tersebut sepanjang sedekad setengah lalu sehingga menjadikan Jimmy Choo sebagai ikon dan peneraju industri fesyen global.

Keistimewaan jenama ikonik itu dibawakan menerusi gambaran visual jurufoto fesyen terulung seperti Mario Testino dan Terry Richardson selain imej editorial dari majalah fesyen terkemuka, foto karpet merah oleh paparazi, lakaran studio dan fotografi sebalik tabir.

Buku itu terbahagi kepada lapan bab, setiap satunya memberi fokus kepada rekaan signatur dan tema ikonik yang membantu memperjelaskan konsep jenama tersebut.

Sebagai contoh, bab pertama mengimbas semula ikon selebriti yang membantu melonjakkan jenama Jimmy Choo di radar fashionista dunia seperti kasut 'Feather' digayakan Carrie Bradshaw dalam Sex and the City.

Bab kedua pula memberi fokus kepada penggunaan corak bermotifkan haiwan dan bagaimana tema rekaan tersebut digunakan untuk menyampaikan mesej jenama itu ke arah mengukuhkan keyakinan dan kewanitaan sejati.

Bab enam memberi tumpuan khas kepada kekuatan stiletto dan faktor di sebalik pemilihan koleksi Jimmy Choo menjadi tumpuan di kalangan para pemimpin dan kerabat diraja pada setiap acara bersejarah dalam hidup mereka.

Memandangkan jenama Jimmy Choo sering muncul di pentas majlis anugerah, bab tujuh didedikasikan kepada para pembaca untuk memperingati semula kenangan itu dengan penampilkan para selebriti seperti Hilary Swank, Sandra Bullock, Keira Knightly dan Helen Mirren.

Jimmy Choo akan menyalurkan 100 peratus hasil jualan buku tersebut kepada Yayasan Jimmy Choo, badan kebajikan di bawah naungan syarikat berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain