suria

Jumlah Pelancong Dari Rusia Meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah kedatangan pelancong dari Rusia ke negara ini dijangka meningkat 20 peratus tahun ini, iaitu kira-kira 43,200 orang, berikutan ketidakstabilan politik di Timur Tengah yang menjadi destinasi pelancongan kegemaran pelancong negara berkenaan sebelum ini.

Duta Rusia ke Malaysia, Lyudmila Vorobyeva berkata, tahun lepas, sejumlah 36,000 pelancong Rusia melawat Malaysia, iaitu meningkat sembilan peratus daripada 32,769 pelancong pada 2009.

Kedutaan itu turut berusaha untuk menggalakkan penyambungan semula penerbangan terus dari Moscow ke Kuala Lumpur yang ditamatkan lebih sedekad lepas, iaitu suatu langkah untuk meningkatkan kekerapan pelancong antara kedua-dua negara, katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Vorobyeva berkata, Langkawi telah menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong Rusia, dan mulai tahun ini, penerbangan sewa khas diuruskan untuk membawa pelancong Rusia terus dari Moscow ke Langkawi.

Beliau berpendapat Melaka, Sabah dan Sarawak, boleh menjadi destinasi seterusnya yang menarik minat warga Rusia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain