suria

Bekalan Lembu Di Sabah Mencukupi - Yahya

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin memberi jaminan bekalan lembu dan ternakan lain mencukupi untuk sambutan Aidilahda pada 6 November ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang tentang bekalan.

"Kita sentiasa memastikan bekalan mencukupi, bukan hanya semasa sambutan Aidiladha, tetapi sepanjang tahun," kata beliau di sini, Selasa.

Yahya, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata demikian pada taklimat media selepas penyerahan lembu-lembu untuk enam masjid.

Beliau berkata usaha kementeriannya untuk memastikan bekalan mencukupi di negeri itu telah berjaya terutamanya di bawah program transformasi pembiak baka dengan 1,000 lembu diternak setahun. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain